Saturday, 28 January 2012

nota C.U.I.Y.C


juz klik the link below...

Sutera Dalam Lukisan

Sutera Dalam Lukisan
(Abd. Talib Hassan)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) 
 
Sinopsis
 
Novel ini memaparkan kisah seorang pemuda yang mengalami konflik jiwa akibat kematian ibunya yang telah dibunuh oleh bapa tirinya. Kenangan pahit itu telah menjadikan Bujei atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz, akhirnya telah menjadi sasau akibat sering menjadi cemuhan, dipandang hina, dipermain dan diperbudakkan oleh masyarakat kampung malah bapa tirinya, Harun juga sering menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas hak milik Bujei yang ditinggalkan oleh arwah ibunya.Hidupnya keseorangan dan menanti permata hati untuk menerangi semula sinar hidupnya. Kehadiran Adila telah mengubah segala-galanya dan Bujei mulai merasai erti sebuah kehidupan. Namun banyak ranjau duri yang terpaksa diharunginya untuk meneruskan hubungan persahabatan bersama Adila. Alias yang turut menyimpan perasaan terhadap Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei dan Adila. Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha untuk memiliki Adila. Bujei diperdaya hingga akhirnya dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias malah Adila turut difitnah menghidap penyakit AIDS kerana pernah menuntut di luar negara. Dendam yang kian membara menyebabkan Alias meminta khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih yang akan mendorong Adila tunduk kepada kehendaknya. Alias yang dirasuk kerinduan akhirnya telah menjadi sasau dan sanggup merayu kepada Bujei untuk mengharapkan simpati serta pengertian daripada Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya. Akhirnya, Alias sendiri terpaksa mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama dalam usaha untuk memulihkannya. Orang kampung pula kini telah melihat perubahan diri Bujei yang menjadi manusia normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih tempat Bujei. Sebelum pulang ke kota, Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang keputusannya untuk menerima Hafiz sebagai pasangan hidupnya. Adila akhirnya terpaksa kembali ke kota kerana ditawarkan pekerjaan sebagai seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta.
 
Tema
 
Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan setelah kematian kedua ibu bapa dan neneknya. Pandangan negatif orang kampung akibat fitnah yang ditabur oleh bapa tirinya telah membentuk keperibadiannya menjadi manusia abnormal. Kehadiran Adila telah membawa sinar baru dalam hidup pemuda tersebut dan kembali menjadi manusia normal seperti sediakala.
 
 
Persoalan
 
1. Persoalan tanggungjawab membantu sesama manusia tanpa mengira sifat individu seperti yang digambarkan melalui watak Adila yang begitu optimis untuk membentuk semula keperibadian abnormal yang dihidapi oleh Hafiz.
 
2. Persoalan menghormati hak individu tanpa menghilangkan hak diri sendiri yang digambarkan melalui watak Bujei atau nama sebenarnya Hafiz yang akhirnya sedar akan haknya setelah mendapat bimbingan dari Adila.
 
3. Persoalan kebaikan akan mengatasi kebatilan seperti yang tergambar dalam peristiwa Alias yang cuba mengenakan ilmu pengasih terhadap Adila telah menyebabkan dia mendapat pembalasan akibat perbuatannya sendiri.
 
4. Persoalan sifat kasih sayang dan hati yang luhur mampu mengubah sifat seseorang seperti yang digambarkan melalui watak Adila yang telah membimbing Bujei atau Hafiz untuk membentuk semula keperibadiannya telah berjaya mengubah Bujei menjadi insan yang berjaya.
 
5. Ketegasan dalam pendirian seperti yang tergambar melalui watak Wak Senen yang tegas dalam pendiriannya untuk mengembalikan hak Bujei yang telah dianiaya oleh bapa tirinya.
 
6. Persoalan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Walaupun Adila pada asalnya begitu takut dengan Bujei, tetapi akhirnya telah memilih Bujei menjadi pasangan hidupnya. Walaupun telah bertunang dan berjanji sehidup semati dengan Faizal, tetapi akhirnya Faizal berkahwin dengan orang lain dan bukan dengan tunangnya Adila.
 
7. Persoalan berani mempertahankan hak atau harta daripada dirampas oleh orang lain. Bujei telah menunjukkan sikapnya yang tegas dan tidak boleh dipermainkan oleh Alias apabila meminta ganti rugi sebanyak RM80 sebagai gentian radionya yang telah rosak akibat perbuatan Alias.
 
Plot 
 
Plot dihuraikan secara kronologi iaitu bersandarkan kepada hukum sebab dan akibat. Manusia yang berbuat baik akan memperoleh pembalasan yang baik juga dan begitulah sebaliknya.
 
Binaan Plot
 
(i) Eksposisi(permulaan)
 
 Menceritakan watak utama iaitu Bujei yang digambarkan sering mengunjungi latar tempat di kampung. Digambarkan juga latar masa iaitu pada waktu senja dan latar masyarakat kampung Bujei yang telah menganggap Bujei sebagai insan abnormal.
 
(ii) Perkembangan
 
 Kematian ibu Bujei yang bernama Fatimah yang dibunuh oleh bapa tirinya merupakan titik hitam dalam kehidupannya. Bujei menjadi sasau dan sering dicemuh dan dipermainkan oleh masyarakat kampung. Perkenalan dengan Adila telah mengubah hidupnya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan. Dalam masa yang sama dia menaruh hati kepada Adila. Adila juga diminati oleh Alias, Sahak dan Faizal, bekas tunangnya.
 
(iii) Klimaks
 
 Alias berusaha menculik Adila dan dengan bantuan neneknya, mencari ubat pengasih untuk mendapatkan Adila.
 
(iv) Peleraian
 
 Adila juga menaruh hati kepada Bujei (Hafiz). Hal ini menyebabkan Alias menjadi sasau kerana cintanya tidak kesampaian. Adila ditawarkan untuk berkhidmat sebagai pensyarah di salah sebuah universiti swasta di kota.
 
Teknik Plot / Teknik Penceritaan
 
1. Pemerian
Contoh:
 Anak sungai itu tidak begitu lebar. Hanya lebih kurang sembilan meter jarak antara dua belah tebing, tidak dalam dan agak cetek airnya ketika itu.
2. Dialog
Contoh:
 ”Lepaskan motor aku ni... aku nak pergi ambil duit,” kata Alias.
 
3. Imbas Kembali
Contoh:
 Dan dia sendiri telah menanam cita-cita untuk mengikut jejak bapanya. Tragedi pertama menimpanya apabila bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan di lebuh raya Karak.
 
4. Imbas Muka
Contoh:
 Mungkinkah penyakit Adila sudah menjadi-jadi? Mungkinkah Adila sudah dibawa ke rumah sakit? Terlintas juga difikirannya untuk menjenguk dan melihat keadaan adila.
 
5. Monolog Dalaman
Contoh:
 Dan sempat juga Adila memikirkan hal Bujei. Mungkin Bujei juga sudah tahu sehingga terasa malu untuk datang menemuinya. Dia terfikir untuk pulang ke kota, meninggalkan kampung yang tidak lagi memberi kedamaian kepadanya.
 
6. Suspens
Contoh:
 Sambil memaki-hamun, kata-kata makian yang sering digunakan oleh Alias ke atas dirinya, Bujei menghayunkan parangnya di arah Alias.
 
Watak dan Perwatakan 
 
1. Bujei/ Hafiz
 
 Bercita-cita untuk menjadi askar seperti arwah bapanya. Sewaktu dirinya kecil, dia sering menjadikan bapanya sebagai idola.
 Suka berangan-angan menonton dan mendengar radio yang telah rosak di rumahnya.
 Takut dengan Alias. Setiap perkara yang diminta oleh Alias akan dilakukan oleh Bujei tanpa sebarang bantahan.
 Tidak mementingkan kebersihan tetapi berubah setelah dilatih oleh Adila. Membuang perkakasan yang tidak berguna di rumahnya dan membakarnya di halaman rumah.
 Suka mendengar radio. Sanggup membeli radio baru sewaktu keluar pekan bersama Samsul.
 Mempunyai bakat menyanyi. Bujei menyanyi lagu Bahtera Merdeka sewaktu majlis perkahwinan Same’ah dan berjaya memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya.
 Mempunyai sifat suka berjimat. Tidak menggunakan wang pemberian Wak Senen yang besar nilainya dan menyimpannya dengan rapi di dalam kendi di rumahnya.
 Pulih dari sikap abnormal menjadi normal dengan bantuan Adila. Keyakinan dirinya hadir kembali dengan bantuan Adila dan keluarga Sidang Saman.
 Anak yang bertanggungjawab. Cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia dihalang oleh orang ramai daripada memasuki rumahnya yang terbakar.
 Seorang pemuda yang mempunyai sikap abnormal. Dia membentuk peribadinya melalui pandangan penduduk kampung yang menganggapnya bodoh, dungu dan tidak berakal.
 Tidak memilih pekerjaan, asalkan mendatangkan upah untuk dia mengalas perut.
 
2. Adila
 
 Lulusan universiti luar negara iaitu di England.
 Mempunyai sifat optimis dan percaya sikap abnormal Bujei dapat dipulihkan.
 Telah bertunang dengan Faizal tetapi putus kerana Faizal tidak menepati janji dan berkahwin dengan orang lain. Akibat kecewa, dia telah membawa dirinya pulang ke kampung dan tinggal dengan keluarga Pak Longnya iaitu Sidang Saman dalam jangka masa yang panjang.
 Mempunyai pendirian yang tegas kerana menolak pinangan Alias dengan alasan belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga.
 Lemah lembut dan hormat kepada orang lain terutamanya orang yang lebih tua. Sewaktu tinggal di kampung, Adila sering mendapat pujian penduduk kampung.
 Menjadi mangsa fitnah Alias. Alias telah memfitnah Adila telah ’rosak’ sewaktu belajar di luar negara.
 Jatuh cinta dengan Bujei/ Hafiz. Telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang perasaannya terhadap Bujei sebelum pulang ke Kota.
 
3. Alias
 
 Suka membuli Bujei/ Hafiz. Contohnya meminta Bujei mencuci motosikalnya dengan menjanjikan upah tetapi memungkirinya.
 Suka kepada Adila dan menghantar pinangan tapi ditolak. Cuba mendekati Adila setelah gagal mendapatkan Same’ah.
 Suka terlibat dalam perlumbaan motor. Contohnya sewaktu berlumba motor dengannya, Sahak telah terlibat dalam kemalangan dan kritikal di hospital.
 Bercakap kasar. Contohnya sering bercakap kasar terutamanya dengan Bujei.
 Cuba menculik Adila dan mengenakan ilmu pengasih kepada Adila. Meminta bantuan dari neneknya untuk mencari ilmu pengasih.
 Cuba memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.
 Akhirnya menjadi sasau/ gila.
 
4. Sidang Saman
 
 Mengambil berat akan anak buahnya. Contohnya sering bertanyakan khabar Bujei dan akan meminta anaknya mencari Bujei sekiranya tidak melihat kelibatnya di kampung.
 Bijak memerangkap orang yang bersalah melalui kata-kata. Contohnya sewaktu berbicara dengan Harun yang meminta pandangannya ketika ingin menjual tanah pusaka arwah isterinya.
 Menjadi pangkal rujuk permasalahan Adila. Terutama sewaktu Adila mula jatuh cinta dengan Bujei.
 
5. Same’ah
 
 Bertimbangrasa dan baik dengan Bujei. Contohnya sering mengambil berat akan diri Bujei.
 Anak Sidang Saman.
 Berkahwin dan mengikut suaminya berpindah ke Ipoh.
 
6. Harun
 
 Seorang duda.
 Berkahwin dengan Fatimah, ibu Bujei setelah kematian bapa Bujei.
 Bekerja sebagai mandur di ladang kelapa sawit.
 Panas baran dan sering memukul serta mendera isterinya.
 Mengikis wang peninggalan bekas suami Fatimah.Melakukan keganasan terhadap isteri dan anak tirinya Bujei sehingga isterinya terbunuh dalam kebakaran akibat dari perbuatannya dan anak tirinya menjadi sasau.
 Suka berpura-pura. Contohnya berpura-pura baik dengan Bujei untuk mendapatkan tanda tangan Bujei bagi membolehkan dia menjual harta pusaka peninggalan Fatimah.
 
7. Wak Senen
 
 Suka bersedekah. Sering memberi wang kepada Bujei dengan nilaian yang besar.
 Baik hati. Contohnya sanggup memulangkan semula tanah pusaka peninggalan ibu Bujei yang telah dijual oleh bapa tirinya Harun.
 Mengambil tindakan dengan teliti. Contohnya sering berbincang dengan Sidang Saman sebelum melakukan sesuatu perkara seperti yang dilakukan sewaktu ingin memulangkan semula tanah pusaka Bujei.
 
Gaya Bahasa
 
1. Simile
Contoh:
 ”Jangan takut”. Dia mendengar lagi, seperti memujuk pula.
 
2. Personifikasi
Contoh:
 Angin lembut bersih menjamah tubuhnya dan ledakan bunyi air membuai perasaannya.
 
3. Hiperbola
Contoh:
 ”Macam seorang pembunuh yang suka membunuh orang... tak kira tempat atau masa, tak kira sesiapa aje?”
 
4. Sinkope
Contoh:
 Tak tentu perasaan Bujei mendengar suara Adila dan sebutan yang begitu hormat dirasakannya.
 
5. Metafora
Contoh:
 Tidak pernah diduga, apa lagi mengharapkan satu lorong yang akan membebaskan dirinya daripada pasung peribadi itu.

6. Kata Ganda
Contoh:
 Dia bagaikan merindui tempat-tempat dan lorong-lorong yang biasa dikunjunginya.
 
Nilai
 
1. Nilai kasih sayang
Contoh:
 Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran rumahnya. Ibunya pengsan setelah didera oleh bapa tirinya ketika itu.
 
2. Nilai hormat menghormati
Contoh:
 Adila telah memanggil Bujei dengan nama asalnya iaitu Hafiz.
 
3. Nilai baik hati
Contoh:
 Adila dan Samsul telah membawa Bujei ke klinik untuk mendapatkan rawatan setelah dibelasah oleh Harun.
 
4. Nilai keadilan
Contoh:
 Sidang Saman meminta Alias membayar ganti rugi atas kerosakan radio Bujei.
 
5. Nilai keberanian
Contoh:
 Bujei berani mempertahankan dirinya daripada ditindas oleh Alias.
 
Pengajaran 
 
1. Kita hendaklah menerima ketentuan atau takdir Tuhan.
Contoh
 Bujei menerima hakikat ibunya yang meninggal dunia akibat perbuatan bapa tirinya.

2. Kita janganlah bersifat dengki sesama manusia.
Contoh:
 Alias yang telah memfitnah Adila setelah pinangannya ditolak.
 
3. Kita hendaklah membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Contoh:
 Adila optimis dia boleh membantu Bujei memulihkan keperibadiannya dan perkara itu dapat direalisasikannya.
 
4. Kita hendaklah berpegang teguh kepada janji yang telah dibuat.
Contoh:
 Faizal tidak menepati janjinya untuk bernikah dengan Adila kerana telah berkahwin dengan orang lain.
 
5. Kita janganlah bercakap bohong.
Contoh:
 Alias telah membohongi Bujei dengan mengatakan bahawa Adila menghidapi penyakit Aids untuk menjauhkan perhubungan mereka.
 
6. Kita janganlah mudah mempercayai perkara karut.
Contoh:
 Alias berpakat dengan neneknya untuk mencari ilmu pengasih bagi mendapatkan cinta Adila.
 
7. Kita janganlah mementingkan diri sendiri untuk mencapai cita-cita.
Contoh:
 Alias tidak mempedulikan Sahak yang terlibat dalam kemalangan sewaktu berlumba motor dengannya.
 
 
Latar Masa
 
1. Waktu pagi - ”Okey, Good moorning Bujei”
2. Waktu maghrib – Kedengaran bunyi azan maghrib dan spontan Sidang Saman menoleh ke belakangnya.
3. Waktu petang – Makin petang merangkak, makin galak agas-agas menghurungnya.
 
Latar Tempat

1. Di tebing sungai - Kadang-kadang di berada di tebing itu untuk memancing.
2. Rumah Mak Usu Bakyah – Sebenarnya sudah agak lama Mak Usu Bakyah mengharapkan kedua-dua anak saudaranya bertandang tidur di rumahnya.
3. Di pekan - Samsul membawa Bujei ke pekan untuk menggunting rambut,membeli radio,jam dan pakaian.
 
Latar Masyarakat
 
1. Masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang yang kurang bernasib baik.
Contoh:
 Kebanyakan orang mengatakan dia bodoh, dungu, tidak berakal lalu seperti tertunai hasrat mereka begitu.
 
2. Masyarakat kampung yang mempunyai norma kemanusiaan.
Contoh:
 Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan membawa Bujei balik ke rumahnya setelah dipukul oleh Harun
 
3. Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain.
Contoh:
 Baru sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah memujuknya untuk membeli kereta.
 
4. Masyarakat yang mengamalkan kerjasama.
Contoh:
Penduduk kampung bekerjasama untuk mengadakan majlis perkahwinan Same’ah.
 
5. Masyarakat pendendam
Contoh:
Melihat Bujei kembali bersama Adila, kemarahannya makin menjadi. Dia makin berdendam dengan Bujei

Tuesday, 27 December 2011

akk angkt bru...hehe...=)

ellow,
kli aq nk ctew sal akk angkt aq yg bru...yew la an, yg sblm nie sume ntah g mnew...snyp gtu jew...fb pown xlyan...tp xpew...klau bru nie aq dpt awek skoll agme kli aq dpt akk agkt skoll agme...best, srnk tau...ilmu dieowng kn bnyk so sllu advce aq cm2...aq trme sbgai nsht utk dri aq k...papew pown kmi knal dlm fb jew...tp thun dpn ade pluang nk jmpew cbb die skoll at kuliah,pekan...so dpt la aq jmpe die cbb dkt jew ngn umah aq nk bndgkn ngn skunk mmg jauh bza la cbb umah die at slngr...papew pown this is she : 






nie la die...NABILAH NAIZ...LUV U SO MUCH AKK...<3

Friday, 23 December 2011

Masalah Lagi...Adoiii...;-(

serabut la aq...tiap kali ko on9 jew msti nk gdoh la pew...wt post yg mnyktkn hti owng la...ko xleh kew trme knytaan yg ko sndri yg wt plhan...aq xpham btol la...ko yg xleh time adk angkt aq...so,pndai2 la...jngn la nk lbat kn awek aq plak...aq hrap ko pham yew...aq bkn lg ko, aq mlik die k...ko buang aq...so, sndri pham la yea...

salam...=(

Thursday, 22 December 2011

Dia Lah Buah Hati Saya ----> Najdah Hanum

tgk ats nie cm due gmbr yg sme jew kn tp x...yg ats gf aq punye wall fb then yg bwah tu aq punye...kne wt sme bru nmpk sweet k...

aq hepi sngt ngn die...tp ada bza la aq ngn die...papew pown die mslmh k...skoll agme lg xcm aq...skoll hrian biase jew tp skoll SRK ok...

btol-2 xsngke yg hti aq leh trsngkt kt die...brthn plak...xprnh gdoh pown lg juz ada skli jew mslh bsr mnpe tp tu pown xgdoh k...settle bek k...

aq hope plhn aq utk plh die xsalah lg...syg kmu sngt-2 SAYANG...<3

Sunday, 11 December 2011

akhir nye brtmu jgak aq ngn fb die...

hyep...=)
akhir nye aq jmpe fb dak jambori ngn aq dlu...xsmpt knal paew pown...juz smpat syum jew...papew pown die comel la jgak an tp aq tgk fb die cm xgne jew cbb ada 12 frenz jew...adoiii...papew pown ada la pic 2...2 jew la...1 tu mmg nmpk jlas la die 1 lg xbpew jlas...papew pown aq ttp hepy ble dpt jmpe fb die...hehehe...weee...~_-

SHEM ARCHIE (FB)

lirik menyentuh hati kowt...henry gurney song




Wednesday, 30 November 2011

frst time dlm hdop dpt wkil skoll men bla, tp kli nie up cket cbb dpt tros wkil phng...mmg kngan terindah...kejohanan sukan (bola sepak) sekolah-sekolah premier zon timur malaysia

yg nie pic wktu men pringkt ngri phang jew...


yg bwah nie bru la wktu pringkt zon timur malaysia...

yg nie mlm pnyrhan jersi...mlm sblm hri kjhnn...

nk msok pdng kne la brtur dlu...salam-2

tgk tu...cikgu tu ciap chek nme lg tkowt ada pmain x brdftr...adoiii

cewah,nie la kesebelasan utame kmi...

brgrak ke tgh pdng...cewah, b4 gem strt nie...




yg nie plak pas gem abis...hmpe gak la klah...tp nk wt cm new...sklah tu bkn tndngn kmi lg...


yg nie pic ari last...time tgk pmpn lwn ntbl...pmpn blik bwk no kmi dok pown...hahahaa


begini la ksdhn kmi...
result bola :
smk ahmad, pekan pahang 0 - 4 smk sultan sulaiman, terengganu
smk ahmad, pekan pahang 1 - 6 smk sultan ismail, kelantan







Sunday, 13 November 2011

ptng yg bhgie brsme die...

salam sume,

ptng xd best gler kowt...frst tme kua ngn die...die kte yg die xmcm pew yg aq sngke kn klau jmpe...tp hkktnye an, bpak la cumel nye...gram aq ase...die bwak aq g jlan2 at tmpt yg die biase lpak...trkjut aq...bpak la jauh nye die bwak aq smpai jlan yg aq xprnh g pown die bwak....upenye die mmg ske kn ktngn...aq tnjuk an aq kwsn prkbrn arwah abg die...die jew ngn umah die...die pown tnjuk at aq tmpt yg abg die prnh psan at die soh g...at swah padi...die kte klau msok dpn cket ada pndok kcil...dr jauh pown aq dh nmpk pndok 2...tp swah 2 xlawa lg....die ckap klau tgh mghjau mmg lawa...so, skunk aq tggu mse la utk mlihat brsme die padi mghjau...heheheee...tp xd aq wt clap yg sngt bsar...aq ajk die g arena kjap...alaaa, tmpt ftsal tu la...tp cbb jauh sngt die kte die nk blik lah...spttnyer aq anta la die blik tp aq tros blah g2 jew...adoiii...mnysl plak aq wt cm tu at die...cian die jlan jauh2 sowng time nk blik...heheheee....papew pown ptng xd msti sngt spcial klau aq x wt clap...papew pown syg kmoo yuni...<3 <3 <3

salam...

Saturday, 12 November 2011

jnji kmi berdue...

[12:59:16 AM] mesofil palisade: saad..leh ta saad janji jgn tinggal kan yuni??
[12:59:25 AM] mohamad saad: bleh
[12:59:26 AM] mohamad saad: k
[12:59:33 AM] mohamad saad: saad jnji xkn tgglkn yuni
[12:59:56 AM] mohamad saad: kcuali mmg bnda 2 yg mmshkn kte k
[1:00:52 AM] mesofil palisade: oke...lege yuni bile dgr saad ckp citu:),ekaseh yea saad..
[1:01:05 AM] mesofil palisade: eppy yuni ase..
[1:01:27 AM] mohamad saad: yuni pown sme k

bce tu...xd kmi bru jew jnji yg kmi xkn tgglkn 1 sme len...wlaupown kmi xkpel cm owng len...tp kmi pgg pd 1...kpel juz mking PROBLEM...so kmi jnji...nie pown ada 1 lg bkti yg kmi smpan tau...aq edit sndri...juz smple tp ayt dlm 2 brmkne....


k...saad n yuni sahabat selamanyer...


nmpk 2...ciap ada lgu lg...hahahaaa... 

k la...papye

lega ase ati...

salam sume,

perghhh, lega ase arie nie ble yuni kte die dh blik pkan... 1 mlm xchat ngn die bosan yg tramat ase... wndoo plak 2... xd aq bru jew pas wbcm ngn die... comel kowt... aishhh...sbor jew la ngn kcmln die...papew pown, aq ttp syg die tau...muahhh...ambik ko...hahahaaa...

k la...salam

Thursday, 10 November 2011

skunk aq ada owng yg bleh hepikn aq...

salam wrge blog...

waaa...xsbar ase nye nk ctew bnda nie...skunk aq dah xsnyi cm dlu dh cbb skunk ada someone yg sllu ngn aq dlm ym...ym jew dlu...6t mju skype plak yea...dah2...die bek la ngn aq...nme die a**** a*****...aq juz pggil die yuni jew...wlaupown die dh brpnye tp die sempoi la ngn aq...syok jgak dpt knl die...mmg aq ase xilng die la like b4...xbesh la klau ada kwan lme cket brpsah bodo tnpe cbb...adoiii...aq bkan nk rmps die dr bf plak...juz nk tmbh knln rpt aq jew...tiap mlm msti aq webie ngn die tau...die cute la dlm vdeo...tp klau tgk real lg la cute...aq ase cm nk cbit2 jew...tp hbgn aq ngn kmi rhsiekn cbb xnk kcoh2 lg...6t bru la aq kcoh2kn...klau kowng nk tau spew...nah aq bg pic die...

btol x...comel kn die...

aq hrap hbngn kte sbgai kwan nie xdelah smpai bhnti...kte akn kwan smpai mti kn???heheheee
k la...dh lrut mlm dh nie...nie jewla crite aq kli nie...papew pown aq syg kau yuni...salam



Friday, 26 August 2011

~~~alya faqihah~~~

salam...arie nie aq nk kngsi smthng yg best...waa,aq dpt adik angkt bru la...nme die spt di ats...die dak ganu...skoll tg ibrahim...aq knal die pown dlm fb jew...biase la nme pown fb...die comel tau...jngn aq khlngn die dah la...2 jew la yg srng jd dlm hdop aq...asl ada jew msti ilng...aq xtau npew tp aq nk jge die bek2...taun nie pmr...aq kne bg die sprt cket...awl2 lg die dah mrngt kte trial ssh gler...biase la 2...k la...no idea...salam...abg syg adik tau...<3 <3 <3




Tuesday, 21 June 2011

penanda wacana

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

· Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …
· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

· Kita dapat menyaksikan betapa…
· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…
· Lazimnya, dalam keadaan …
· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …
· Sebagaimana yang kita ketahui
· Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu, pada masa ini juga
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

· Bagi sesetengah orang …
· Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …
· Bertitik tolak daripada itu …
· Bukan itu sahaja …
· Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..
· Dalam zaman yang serba canggih ini …
· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Dengan adanya …
· Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..
· Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan
· Hal ini penting dalam
· Hal ini serupa dengan
· Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan
· Ini membuktikan bahawa
· Ini menggambarkan bahawa
· Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan
· Jadi kita perlu
· Jadi kita hendaklah
· Keadaan ini tentunya
· Lantaran itu sehingga kini
· Kesemua ini menyumbang kepada
· Kita mengakui hakikat bahawa
· Kita sering menonton di kaca televisyen
· Kita sering membaca di dada-dada akhbar
· Memandangkan keadaan yang sedemikian
· Namun sejak kebelakangan ini
· Oleh itu, bolehlah dikatakan
· Secara logiknya masa yang
· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
· Keadaan ini seharusnya boleh
· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih
· Yang paling nyata ialah
· Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

· Sebagai contohnya
· Biar kita lihat
· Biar kita ambil contoh
· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
· Sebagai analoginya,
· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77
07. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.